Jumaat, 1 September 2017

Yahudi, Nasrani sembunyi kenabian Rasulullah



Jumaat, 30 Disember 2016 | 12:03am
Oleh Ahmad Shukri Yusoff
PENDETA Yahudi yang menganut Islam, Abdullah Ibn Salam berkata, "Aku lebih lama mengenali Baginda Nabi SAW daripada mengenali anakku sendiri. Lalu Umar bertanya kepadanya: Mengapa Abdullah menjawab: Aku tidak ragu Nabi Muhammad SAW seorang nabi, tetapi anakku, boleh menyebabkan ibunya menyeleweng." Secara spontan Umar menciumnya.

Demikianlah pengakuan seorang pendeta Yahudi yang mendapat hidayah Allah SWT dan pengakuan sama daripada Tamim Al-Darriy, bekas pendeta Kristian.

Sebenarnya orang Yahudi dan Nasrani mengenali Rasulullah SAW dan kebenaran dibawa Baginda seperti mana tertulis dalam kitab Taurat dan Injil. Mereka sengaja menyembunyikan kebenaran ayat yang menceritakan mengenai kemunculan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Ali-Imran, ayat 21)

Perbuatan melampau

Abu Al-Abbas bin Al-Mubarrad berkata, ayat ini mengisahkan mengenai sekumpulan Bani Israel yang membunuh nabi mereka yang menyeru supaya beriman kepada Allah SWT. Begitu juga apabila datang sekumpulan orang beriman yang membela kebenaran, mereka turut dibunuh.

Ilmu yang diketahui perlu disebarkan kepada masyarakat umum apatah lagi ilmu berkaitan kebenaran, tidak boleh disembunyikan. Sikap Yahudi dan Nasrani menyembunyikan kebenaran berita kemunculan Nabi Muhammad SAW dan perkara lain yang mereka tahu kebenarannya adalah perbuatan melampaui batas.

Sebenarnya golongan Yahudi dan Nasrani mengenali Nabi Muhammad SAW sebelum kehadiran baginda lagi. Allah SWT telah mengkhabarkan berita kemunculan Nabi Muhammad SAW menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa.

Nafikan kebenaran

Golongan itu sengaja menyembunyikan kebenaran dan akan menafikan kemunculan Nabi Muhammad SAW. Jika ditanya, mereka mengakui nabi disebutkan dalam kitab mereka, tetapi menyembunyikan hakikat kebenarannya malah orang Nasrani mengatakan nabi dijanjikan adalah Isa al-Masih bukan Nabi Muhammad SAW.

Mereka turut membunuh golongan yang membimbing manusia ke arah kebaikan dan berlaku adil seperti diajarkan nabi. Orang yang berusaha melaksanakan petunjuk nabi berada di bawah pengaruh nabi dan mereka turut dibenci golongan Yahudi serta Nasrani.

Kedua-dua golongan itu juga melancarkan serangan terhadap Nabi Muhammad SAW dan keinginan membunuh Baginda turut dirasakan kaum musyrik Arab. Perbincangan membunuh Baginda dilakukan golongan Yahudi yang hidup ketika ayat ini diturunkan.

Berpaling kepada kebenaran dalam hakikat kehidupan hari ini mungkin berbeza dengan keadaan berlaku pada zaman nabi tetapi memang ada dalam kalangan umat Islam yang sudah mengetahui kebenaran dan tetap ingin menyembunyikannya.

Mereka sedar terhadap tuntutan agama dan hukum ditetapkan syarak namun disebabkan enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam atas sebab tertentu, mereka cuba menafikan kebenaran yang diketahui.

Penulis ialah Perunding Motivasi Islam Fitrah Power Resources
Sumber-Bertia Harian online Jumaat, 30 Disember 2016 | 12:03am

Peranan Piagam Madinah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a)Menyatukan penduduk Madinah yang bebilang kaum.
Masyarakat Madinah khususnya umat Islam dapat disatukan menerusi Piagam Madinah.Piagam ini juga menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam seperti saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya.
Melalui Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum masing-masing telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam.[1]
b)Undang-undang tertinggi Madinah selepas al-Quran bagi menyelesaikan pemasalahan penduduk.
Piagam Madinah telah memperuntukkan layanan yang adil kepada orang Yahudi dan orang Islam serta menyatupadukan penduduk Madinah yang berbilang kaum, keturunan,kebudayaan agama dan kepercayaan. Maka terbentuklah ummah Madinah.[2]  
c)Mengariskan dasar-dasar umum pemerintahan negara dan pentadbiran masyarakat.
d)Pengistiharan bahawa Madinah adalah sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan.
Piagam Madinah juga membawa kepada terbentuknya negara Madinah yang berdaulat dan bermaruah dan menjadi sebuah negara Islam. Piagam Madinah ini bukan sahaja meletakkan nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul, tetapi seorang pemimpin yang yang berwibawa dalam semua urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.[3]   
e)Melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan temasuk bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.[4]      
f)Kedudukan Nabi sebagai pemerintah tertinggi yang unggul.
Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemerintah tertinggi dan Unggul
Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul dan berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.Masyarakat Madinah menerima baginda sebagai ketua negara Madinah.

       Baginda memberi tumpuan terhadap aspek akidah dan juga aspek duniawi dalam pemerintahannya. Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda. Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah.Baginda juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.[5]
g)Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Mempertahankan Madinah
Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada serangan musuh.Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang menentang kerajaan Islam Madinah.

       Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah, semangat cintakan negara dipupuk. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil kesempatan menawan Madinah.Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menurut Piagam Madinah.[6]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),35.
[2]Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd,2013),32.
[3]Ibid,56..
[4]“Sistem Pemerintahan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),9.
[5] “Sistem Pemerintahan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[6] Ibid,33.

Khamis, 31 Ogos 2017

Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dengan memberikan contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan umat manusia.

       Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu yang telah diturunkan olehAllah SWT untuk menjadi garis panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh manusia. Al-Quran menegaskan konsep keadilan dalam pemerintahan Islam kerana keadilan akan melahirkan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah.

       Keadilan yang dimaksudkan bukan merujuk kepada rakyat biasa sahaja, tetapi juga kepada golongan atasan dan pemerintah supaya berlaku adil dalam semua hal serta dalam semua keadaan bagi mencetuskan keadilan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.Al-Quran sememangnya tidak menerangkan secara terperinci tentang prinsip pembentukan negara, namun al-Quran mengingatkan umatnya supaya bermesyuarat dalam melakukan sebarang urusan.[1]

       Justeru, langkah-langkah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan Khulafa' al-Rasyidin merupakan contoh terbaik bagi umat Islam.Islam mengarahkan umatnya patuh kepada ketua pemerintah (ali al-amr) supaya tidak berlaku huru-hara dan perpecahan dalam

masyarakat.

       Umumnya, langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa' al-Rasyidin boleh dijadikan asas pemerintahan dan pentadbiran negara yang adil bagi generasi selepas mereka supaya mereka dapat menghadapi sebarang rintangan dan cabaran yang mendatang.

       Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, tidak terdapat sebuah pemerintahan dan pentadbiran yang teratur serta berlandaskan undang-undang perlembagaan sepertimana yang berlaku pada zaman baginda. Masyarakat Madinah berpecah sesama mereka, khususnya antara orang Yahudi dengan orang Arab.Nabi Muhammad SAW telah menegakkan sebuah negara Islam selepas peristiwa Perjanjian Aqabah atau selepas peristiwa Hijrah ke Madinah. Baginda telah merangka struktur untuk menegakkan sebuah negara.[2]

[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),27.
[2] Ibid,27.

MASYARAKAT JAHILIAH

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
       AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah bermula selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir  pemerintahan  Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.[1]
Konsep Jahiliah.[Hasil pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan sesat.
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat tersebut terdapat pada sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap masyarakat jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat orientalis Barat seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh disangkal.Menurut P. K. Hitti, masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi.[2]
       Pendapat P. K. Hitti tentang makna jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal. Ini kerana kerajaan Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba' sebagai "negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan". Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan bala dan kerajaan ini mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak digelar zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan kerajaan Saba', iaitu sekitar tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk.Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.[3]


[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),3.
[2]Mahayudin Hj Yahya, Tamadun Islam , ,(Shah Alam:Oxford Fajar ,1998),5.
[3] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,6.

Hikmah sebalik khutbah Nabi SAW

Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy,
Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy, on the Plain of Arafat, near the holy city of Mecca, Saudi Arabia, Wednesday, Sept. 23, 2015 during the hajj pilgrimage. Mount Arafat, marked by a white pillar, is where Islam's Prophet Muhammad is believed to have delivered his last sermon to tens of thousands of followers some 1,400 years ago, calling on Muslims to unite. (AP Photo/Mosa'ab Elshamy)JEMAAH haji berdoa di Padang Arafah berhampiran Mekah, semalam. APNOTATERBITANUTUSAN MALAYSIA24 SEPTEMBER 2015KHAMISMUKA 15Archived By Wz

31 Ogos 2017 4:00 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

PENGORBANAN seorang Muslim terhadap harta dan kesusahan badannya dalam menjalani ibadah haji terutama kerana terpaksa bermusafir jauh meninggalkan keluarga adalah tidak lain dan bukan kecuali semata-mata untuk mentaati perintah Allah.

Maka, jika kita imbau kembali ucapan Nabi SAW pada haji terakhir Baginda ketika di Arafah di atas untanya al-Qaswa. Antaranya:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu darah sesamamu dan harta sesamamu sampai kamu berjumpa dengan Tuhanmu, seperti haramnya hari ini dan bulan ini. Sesungguhnya kamu pasti akan berjumpa dengan Tuhanmu dan Dia pasti akan menanyakan kamu tentang segala perbuatanmu.”

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhanmu cuma satu, dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal daripada Adam, sedangkan Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tiada keutamaan orang Arab daripada orang bukan Arab melainkan yang bertakwa,” - Sahih Muslim.

Jelas di sini bagaimana hubungan seorang Muslim dengan saudara Muslim lain iaitu hak persaudaraan yang erat dari segi penjagaan maruah, jiwa dan harta saudara Islam sesama Islam.

Inilah yang sepatutnya wujud daripada pelaksanaan wukuf di Arafah. Apakah maknanya Muslimin wukuf di Arafah sedangkan mereka bersengketa, membenci dan merampas hak sesama mereka?

Kalau ini yang berlaku apakah mereka akan termasuk dalam kalangan orang yang mendapat keampunan dan pelepasan daripada api neraka? Kesamaan warna kain ihram putih, berhimpun di satu tempat membawa makna kesucian dan kesamaan serta kesatuan yang sepatutnya wujud melalui perbuatan wukuf di Arafah.

Antara lain yang diucapkan Rasulullah SAW ketika wukuf ialah:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan bagi kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang teguh kepadanya pasti kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu sesuatu yang terang dan nyata: Kitab Allah dan Sunah Nabi-Nya.

Ucapan Baginda itu sewajarnya menyedarkan Muslimin yang berhimpun bahawa bagaimana boleh terjadinya pertelingkahan sesama Muslimin sedangkan rujukan bagi pedoman kehidupan ini sama. Tetapi apabila hawa nafsu didahulukan, kepentingan peribadi diambil kira, maka syaitan akan memasukkan tipu dayanya sehingga orang Islam memandang buruk pada saudaranya lalu terjadilah perbalahan.

Oleh itu umat Islam harus mengingatkan wasiat Nabi SAW supaya kembali kepada al-Quran dan Sunah. Itu sahajalah dua rujukan yang menjamin kesejahteraan mereka. Kalau mereka tidak kembali kepada wasiat ini, apalah faedah daripada wukufnya mereka di bumi Arafah yang mulia itu?

Dalam khutbah itu juga, Rasulullah SAW berulang kali bertanya kepada puluhan ribu umat yang hadir, “Wahai manusia, apakah aku telah menyampaikan?” Jemaah haji serempak menjawab, “Benar, telah engkau sampaikan.” Maka Rasulullah mengarahkan tangan Baginda ke langit sambil berseru, “Allahumma, isyhad! Wahai Allah, saksikanlah!”

Kemudian Rasulullah SAW menutup khutbah dengan bersabda, “Hendaklah kamu yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga orang yang menyampaikan akan lebih dalam penghayatannya daripada yang sekadar mendengarkan. Berlimpahlah rahmat dan berkat Allah SWT atas kamu sekalian.”

Selesai berkhutbah Rasulullah SAW turun daripada unta, lalu memimpin solat zuhur dan asar secara jamak serta qasar.

Kemudian Baginda menuju Sakhrah (batu besar) di kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini Rasulullah SAW menerima wahyu Surah al-Maidah: 3: “Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan untukmu nikmat-Ku dan Aku relakan bagimu Islam sebagai agamamu,”

Ketika Rasulullah SAW menyampaikan wahyu yang baru diterima kepada para sahabat, Abu Bakar as-Siddiq menangis tersedu-sedu. Umar ibn Khattab bertanya, “Apakah yang kau tangisi, wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira bahawa agama kita telah sempurna?” Abu Bakar menjawab, “Tidak terfikir olehmu, wahai anak Khattab, wahyu itu merupakan isyarat bahawa Rasulullah SAW mungkin cuma sebentar lagi bersama-sama dengan kita.”

KESIMPULANNYA

Wukuf di Arafah mempunyai manifestasi sifat kehambaan manusia kepada Tuhannya yang merupakan falsafah kewujudannya di dunia ini. Inilah yang sepatutnya diusahakan dan ditumpukan oleh manusia untuk mencapainya.

Perhimpunan Arafah dengan kesatuan pakaian dan niat pelaksanaan ibadah yang sama adalah lambang kesatuan umat. Kesatuan yang menerbitkan kekuatan. Umat yang kuat menjadi kebanggaan nabinya. Kekuatan inilah yang diguna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukan kezaliman.

Akhir sekali perhimpunan raksasa manusia Muslimin ini tidak akan tergambar jika berbeza daripada manhaj dan garis panduan hidup mereka. Kerana itu Nabi SAW mengingatkan kembali supaya berpegang kepada al-Quran dan hadis dengan kuat supaya terurai daripada kehidupan ini. Kedua-duanya adalah jaminan kebahagiaan kepada manusia sejagat yang tiada lagi keraguan terhadapnya. Kepada kedua-duanya harus dirujuk sama ada dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi.
sumber- http://m.utusan.com.my/rencana/agama/hikmah-sebalik-khutbah-nabi-saw-1.521207

Rabu, 30 Ogos 2017

SALASILAH NABI MUHAMMAD SAW

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Abu Musad Al-Husny sasilah Nabi Muhammad SAW bermula dengan bapa baginda
,Abdullah,Abdul Mutalib, Hasyim, Abdul Manaf, Qushai bin Kilab, Kaab, Luai, Ghalib, Fihr,
Nazar, Kinanah, Khuzamah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Maad bin Adnan.[1]


[1] Abu Musad  Al-Husny, Sejarah Nabi Muhammad S.A.W, (Batu Caves Selangor:Pustaka Ilmi,2014),65.

Selasa, 29 Ogos 2017

Piagam Madinah-Kandungan Piagam Madinah

Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Kandungan Piagam Madinah
Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya seperti orang Islam,Yahudi dan Musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup.

       Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat setelah berjaya mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah. Undang-undang ini melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah, iaitu antara orang Islam sesama Islam (Muhajirin dan Ansar) dan antara orang Islam dengan kaum Yahudi.

       Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Kaum Yahudi pada mulanya memberikan
sambutan yang baik.Baginda telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.Baginda telah membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahdah setelah kedua-dua pihak saling mempercayai.

       Piagam yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW merupakan piagam pertama di dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya kerana mampu memenuhi tujuan dan objektif berhubung kewajipan dan tanggungiawab pemerintah rakyat serta keperluan-keperluan lain.[1]
Piagam Madinah terdiri daipada 47 fasal .
Pembahagian Piagam Madinah
Secara umumnya piagam ini terbahagi kepada lima bahagian umum: ,
(a) Fasal I merupakan pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
(b) Fasal 2 hingga 11 menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah.
(c) Fasal l2,hingga 23 menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungiawab sesama sendiri dan perkara-perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan.
(d) Fasal 24hingga 38 merupakan fasal yang menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah.
(e) Fasal 39 hingga 47 pula menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan.

       Sahifah ini juga memberi garis panduan tentang prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum.
(a) Wahyu Allah SWT merupakan sumber utama undang-undang negara.
(b) Masyarakat di Madinah dianggap sebagai sebuah ummah yang bertanggungjawab ke atas negara mereka.
(c) Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat.
(d) Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama.
(e) Setiap anggota sahifah mesti menjalinkan hubungan yang erat.
(f) Fungsi sahifah adalah untuk menegakkan keadilan.
(g) Memberi jaminan keselamatan kepada orang bukan Islam

Piagam Madinah, secara khususnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
a.Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi dan tanggungiawab sesama sendiri. Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan kedua Hijrah, iaitu sebelum Perang Badar. Isi kandungannya adalah seperti yang berikut:

Fasal 1: Piagam ini adalah daripada Nabi Muhammad  SAW, antara orang Islam dengan
              penduduk Madinah yang lain, iaitu kaumYahudi dan penyokong-penyokong mereka.
Fasal 2: Bahawa mereka (penduduk  Madinah samada orarg islam atau bukan Islam) adalah
           satu ummah.
Fasal 3: Golongan Muhajiirin bertanggjawab membayar dan menerima wang daripada
            mereka yang ditawan seeara makruf dan adil terhadap orang yang beriman.
Fasal 4; Bani Auf kekal dengan keadaan lama mereka dan sama-sama bertanggugjawab 
           membayar dan menerima wang tebusan seperti dahulu dau menebus daripada mereka
          yang ditawan dengan cara makruf dan adil sesama yang beriman.
Fasal 5: Banu Harith Ibnu Khazraj tetaplah  dengan keadaan lama mereka  sama-sama
            bertanggungjawab menerima dan membayar wang tebusan seperti dahulu dan
            menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf dan adil sesama
           yang beriman.
b)Bahagian kedua mengndungi 24 Fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. Bahagian ini ditulis selepas Perang Badar.

Kandungan umum Piagam Madinah meliputi perkara-perkara yang berikut:
(a) Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Muslimin.
(b) Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Yahudi.
(c) Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin
(d) Perjanjian yang melibatkan semua pihak, berkaitan dengan peraturan-peraturan umum.

Umumnya, Piagam Madinah ini menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan penduduk Madinah yang terdiri daripadamasyarakat majmuk . Piagam ini menyusun sebuah negara kota serta menggariskan hak-hak, tanggungjawab dan peraturan antara mereka berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

       Piagam ini telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina negara Islam yang aman dan damai. Piagam ini penting untuk membentuk negara yang berdaulat, malah piagam ini dianggap undang-undang bertulis yang pertama di dunia dan berjaya membuktikan keunggulan Nabi Muhammad SAW.[2]
Peranan Piagam Madinah
Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemerintah tertinggi dan Unggul
Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul dan berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.Masyarakat Madinah menerima baginda sebagai ketua negara Madinah.

       Baginda memberi tumpuan terhadap aspek akidah dan juga aspek duniawi dalam pemerintahannya. Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda. Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah.Baginda juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Mempertahankan Madinah
Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada serangan musuh.Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang menentang kerajaan Islam Madinah.
       Untuk mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah, semangat cintakan negara dipupuk. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil kesempatan menawan Madinah.

       Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menurut Piagam Madinah.

Mewujudkan Perpaduan Umat lslam
Masyarakat Islam Madinah terdiri dua kumpulan, iaitu golongan Ansar dan Muhajirin.Penekanan berkaitan dengan kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat ini terdapat dalam Piagam Madinah.

       Selain daripada masyarakat Islam, piagam ini juga merangkumi  kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti kaum Yahudi, Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi dan Habsyi.Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang kuat tanpa mengira kaum, keturunan dan tempat tinggal.Hai ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Madinah.Jika berlaku perpecahan ini, musuh Islam boleh mengambil kesempatan untuk menawan Madinah

       Persaudaraan Islam dapat mewujudkan masyarakat Islam yang tulen berlandaskan akidah dan keimanan kepada Allah swt.Persaudaraan inilah yang akan mewujudkan kerjasama antara masyarakat serta cintakan kedamaian dalam kehidupan.

Penekanan terhadap musyawarah dalam pemerintahan.
Piagam Madinah mengamalkan prinsip musyawarah yang berlandaskan keadilan dalam pemerintahan. Semua kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaum masing-masing.Penduduk Madinah juga diberi hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan Pemerintah.

Mewujudkan Keadilan dan Persamaan Terhadap Masyarakat Madinah.
Untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan berlaku dalam masyarakat Madinah, Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan,bangsa dan kedudukan seperti antara pemerintah dengan yang diperintah.Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.

       Setiap masyarakat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar mereka sentiasa hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga dapat menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas masyarakat tersebut.

       Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim seperti menindas golongan yang lemah. Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara satu sama lain.

Kedudukan Kaum Yahudi
Masyarakat Yahudi diberi kebebasan untuk mengamalkan agama adat dan budaya mereka. Namun demikian, mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama mereka.Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau golongan yang lemah.

       Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam tersebut.

Kebebasan beragama
Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain. Kebebasan ini diberikan kerana:
(a) Islam menghormati kebebasan beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu
(b) Menghindarkan permusuhan antara masyarakat
(c) Mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah

Pembinaan sebuah kerajaan Islam yang kuat
Untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat, masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran.

       Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu. Piagam ini juga menyatakan bahawa kerajaan Madinah adalah hak milik mereka bersama.

       Oleh itu, masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh.Hak dan tanggungjawab penduduk Madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa mengira agama mereka. Penduduk Madinah yang beragama Islam dan bukan Islam mempunyai hak yang sama untuk memperoleh perlindungan, keselamatan dan keadilan.

Kebebasan Masyarakat Madinah
1 Penindasan ke atas golongan yang lemah seperti yang biasa dilakukan oleh kaum Yahudi adalah dilarang kerana Piagam Madinah menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata untuk
setiap penduduk.
2 Hal ini dapat menjamin keharmonian hidup masyarakat Madinah.
3 Kebebasan hak asasi ini meliputi kebebasan beragama, beramal,bekerja, bersuara dan sebagainya selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana kebebasan yang tiada batas akan mewujudkan kezaliman yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah sesebuah kerajaan.

Menyatupadukan penduduk Madinah.
Masyarakat Madinah khususnya umat Islam dapat disatukan menerusi Piagam Madinah.Piagam ini juga menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam seperti saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya.
Melalui Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum masing-masing telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam.

Struktur pemerintahan di Madinah
Kerajaan Islam telah ditubuhkan di Madinah. Negara Islam tersebut diketuai oleh Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang Nabi dan Rasul.Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad SAW telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

       Di Madinah, baginda telah berjaya menggubal Piagam Madinah. Piagam yang digubal tersebut mengandungi 47 fasal yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan bukan Islam. Oleh itu, piagam tersebut dapat menjadi teras peraturan hidup masyankat baharu Madinah yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
       Dalam mentadbir negara, baginda telah menubuhkan Majlis Syura. Majlis tersebut berperanan dalam menggubal dasar pemerintahan negara yang berteraskan al-Quran dan sunnah. Majlis tersebut dianggotai oleh sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.
       Sistem perundangan yang diamalkan dalam pemerintahan baginda juga adalah berteraskan al-Quran dan sunnah. Di samping itu, baginda juga menjadi hakim yang dilantik pada peringkat suku kaum.

       Baginda juga telah membentuk satu dasar diplomatik dengan menjalin hubungan dengan negara-negara yang lain. Memandangkan wilayah Islam yang semakin luas, para amir telah
dilantik untuk mentadbir kawasan yang dipertanggungjawabkan.Contohnya, Uthman ibn Abi al-'As dilantik sebagai amir di Thaif manakala Attab bin Usaid sebagai amir di Makkah.
Nabi Muhammad SAW membentuk pentadbiran berasaskan kepada empat dasar, iaitu:
(a) mengukuhkan semangat akidah bagi menghapuskan semangat asabiyyah.
(b) Islam dijadikan sebagai landasan peraturan masyarakat.
(c) mengamalkan kaedah musyawarah dalam pentadbiran.
(d) memperkenalkan Piagam Madinah.
Dasar tersebut telah menjadi panduan kepada masyarakat Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan kerana mencakupi aspek akidah, syariah dan akhlak. Sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik dan pengekalan integriti bagi kedaulatan sesebuah pemerintahan yang stabil.[3]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 ,26.
[2] Ibid,29
[3] Ibid,33