Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul.
Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW. 4.1 Ciri-ciri Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Kepemimpinan
Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya telah terserlah sewaktu baginda berada
di Makkah lagi, dan ianya terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w
menonjolkan kebijaksanaannya menyelesaikan pertikaian tentang peletakan
Hajar al-Aswad yang menjadi rebutan dalam kalangan pemimpin Makkah.
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah mengesahkan kedudukan
baginda sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah, dan ianya
diiktiraf oleh orang-orang Islam dan bukan Islam melalui penggubalan
Piagam Madinah.[1]
Sifat terpuji Nabi sebagai pemimpin umat.
1.Siddiq –benar dalam tutur kata dan tingkah laku. Para nabi dan rasul mempunyai sifat siddiq iaitu membawa kebenaran.
2.Amanah-Ertinya
para nabi dan rasul wajib menunaikan amanah yang dipetanggungjawab
kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya.Sifat amanah
Rasulullah lengkap dan sempurna.Keluhuran budi pekertinya ialah
penyumbang terbesar kepada penyebaran risalah Allah. Baginda telah
menyampaikan risalah itu kepada manusia dengan sebaik-baiknya.Bangsa
Arab telah mengenali sifat amanah Rasulullah SAW sebelum baginda
diutuskan menjadi Rasul. Mereka menggelari Rasulullah dengan gelaan
al-Amin, iaitu orang yang dipercayai.
3.Tabligh-
Tabligh ertinya menyampaikan. Para rasul wajib menyampaikan wahyu
daripada Allah kepada seluruh manusia tanpa disembunyikan walau satu
pun. Mereka tetap menyampaikan walaupun menghadapi kezaliman dan
kekejaman manusia.Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang diperintah supaya
menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia.Baginda sentiasa
menyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum-hakam, berita gembiran dan
berita buruk kepada seluruh umatnya. Ekorannya Islam tersebar luas ke
setiap pelosok benua dengan cepat.
4.Fatanah
Fatanah
ertinya kecerdikan, kepintaran atau kebijaksanaan. Setiap Rasul yang
dipilih oleh Allah SWT wajib bersifat fatonah, malah secara lua biasa
dalam memahami ajaan Allah SWT. Rasulullah menyampaikan ajaran Allah
dengan menghadapi perbahasan dan perbincangan yang sengit dengan
musuh-musuh baginda. Hal ini terbukti bahawa baginda seorang yang bijak
dan dapa memberi hujjah yang kuat serta tidak ada seorang pun yang dapat
menandinginya. Sehinggalah kata-kata baginda ,hadis menjadi hujah yang
kuat dalam setiap keputusan.[2]
Teras kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialah wahyu Allah SWT
Ciri-ciri kepemimpinan Nabi Muhammad SAW SAW
1.ADIL
Menyelesaikan pertikaian mengenai peletakan Hajar al-Aswad.
. Membela atau menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan.
. Memperkenalkan sistem ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan.
. Menghapuskan semangat asabiyyah dan amalan diskriminasi antara kabilah.
2.BERANI
Mengetuai setiap kali ekspedisi peperangan.Umpamanya, dalam Perang Badar, Perang Uhud,
Perang Khandak dan Perang Tabuk.
Menanamkan
semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam meskipun mempunyai bilangan
tentera yang sedikit berbanding dengan musuh. Contohnya, ketika Perang
Badar dan Perang Khandak.
3.BIJAK
Merencana
strategi peperangan bagi mengatasi ancaman musuh. Contohnya,
menggunakan taktik menguasai tempat strategik dalam Perang Badar dan
strategi bertahan dalam Perang Khandak.
4.BERPANDANGAN JAUH
Menerima
syarat-syarat yang terkandung dalam Peranjian Hudaibiyah; bersetuju
dengan menghantar semula orang-orang Makkah berhijrah tanpa kebenaran
wali mereka. Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad
s.a.w.
5.TEGAS.
Menjatuhkan
hukuman yang sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam
Madinah. Bani Qainuqa' diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera
Islam dalam Perang Badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita
Islam.
Bani
Nadhir diusir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w.Bani
Quraizah diusir disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab.
6.MAHIR BERPOLITIK-BIJAK BERSIASAH
Merencana
proses Hijrah; dimulai dengan memeterai Perjanjian Aqabah I dan II bagi
menanam "benih" Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah
kelak.
Menggubal
Piagam Madinah; bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang
tidak bertentangan dengan syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam
Madinah dipersetujui oleh masyarakat Madinah tanpa mengira agama.
Mengasaskan
hubungan diplomatik dengan negara lain, bukan sahaja dapat mengukuhkan
negara Islam bahkan melalui penghantaran utusan ia dapat menyebarkan
agama Islam dengan lebih luas sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah
Arab.
7.CEKAL/GIGIH/SABAR
Meskipun menghadapi cabaran hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar
mempertahankan
akidah Islam walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada dalam
bentuk fizikal, psikologi mahupun kewangan.
. Tidak berputus asa walaupun misi dakwah di Ta'if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda
meninggalkan
impak positif apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda untuk
menyatakan pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput
baginda berhijrah ke Madinah.
8.TOLERANSI.
.
Sedia memaafkan golongan Quraisy yang selama ini mengkhianati
perjuangan Islam. Buktinya, tawanan Perang Badar tidak dijatuhkan
hukuman bunuh,sebaliknya baginda menetapkan supaya mengajar kanak-kanak
Islam membaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat untuk menebus
diri.
.
Memperkenalkan etika peperangan; bukan sekadar menggambarkan sikap
tentera Islam yang berdisiplin malah menolak tanggapan, bahawa tentera
Islam berperang berdasarkan dendam dan mementingkan habuan dunia.
. Mengamalkan musyawarah dalam pemerintahan; mengelak rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.
KESIMPULAN
Ciri-ciri
kepemimpinan yang ada tersebutlah yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w
dianggap oleh sejarawan Islam sebagai negarawan yang unggul. Fakta ini
diserlahkan dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin
politik, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi, panglima tentera, ketua
hakim yang adil, role model dalam pembentukan institusi keluarga Islam,
pemimpin agama dan penaung kegiatan keilmuan.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan