OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selepas berkahwin Abdul
Muttalib medapat anak sulung lelaki bernama Harith. Apabila Harith dewasa,
Abdul Muttalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang
besar, melaporkan daripasa Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul
Muttalib dan menyurunya menggali al-tibah. Malam kedua dia bermimpi lagi . suara itu datang lagi menyuru menggali
barrah. Malam ketiga dia bermimpi lagi , suara dalam mimpi itu berkata gali
madhumunah. Semakin kuat Abdul Muttalib
merasai ada perkara besar melalui tiga malam berturut-turut ini.[1]
Malam keempat suara itu berketa lagi,
“Galilah Zamzam”. “Ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan
berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha
Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang
ada bulu putih di rumah kampung semut.Yakinlah Abdul Muttalib. Dia
diperintahkan menggali Zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat
Mekah.Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi mereka
tidak tahu di mana Zamzam terkambus. Pada masa itu tidak masuk akal pula kalau
hendak menggali sekeliling Kaabah bagi mencari Zamzam. Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya
Harith membantunya menggali Zamzam dan mempertahankannya apabila pemuka Quraisy
yang lain menghalangnya.
Abdul Muttalib mencari tanda-tanda yang
diberikan kepadanya dalam mimpi. Tetapi tidak ada tanda yang disebut itu di
sekitar Kaabah. Abdul Muttalib medapat petanda dari lembu yang disembelih oleh
satu rombongan Arab berhampiran berhala Isaf, panduan gagak hitam yang pada
bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematuk-matuk ke tanah dekat
kampung semut. Tempat yang diisyaratkan itu terletak di antara Isaf dan Nailah.
Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. Abdul Muttalib
memerintah Harith supaya menghadapi Quraisy. , sementara itu dia sendiri terus
menggali tanpa berhenti. Dalam kekecohan itu Abdul Muttalib sudah sampai kepada
batu penutup telaga.Abdul Muttalib terus menggali sehingga dia bertemu dengan
Zamzam.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan