OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Nabi Muhammad SAW diutus bagi
menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda
ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku
suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang
membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena
baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah
kepada era-era selepasnya.[1]
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad
ke-6-7)
2.1 Pembinaan Masyarakat lslam di
Makkah
Aktiviti Dakwah
Antara usaha Nabi Muhammad SAW
untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah melalui dakwah.
Langkah-langkah dakwah diambil sama ada secara sulit atau terang-terangan .
Secara sulit, baginda berdakwah kepada
keluarga, anak-anak angkat, saudara-mara dan para sahabat.
Baginda menyeru mereka supaya
beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta meninggalkan amalan menyembah
berhala.Baginda juga menyeru mereka kepada kebaikan, iaitu ma'ruf dan meninggalkan kejahatan, iaitu mungkar
seperti minum arak,berjudi, berzina, mencuri dan membunuh.
Dakwah yang dijalankan oleh baginda
adalah secara lemah lembut.Hanya beberapa orang dalam kalangan penduduk Makkah
yang memeluk agama Islam setelah kira-kira tiga tahun dakwah secara sulit
dilakukan.
Lapan Orang yang pertama memeluk
agama Islam ialah:
(a) Siti Khadijah (wanita).
(b) Ali bin Abu Talib
(kanak-kanak).
(c) Abu Bakar al-Siddiq (lelaki
dewasa).
Peringkat dakwah secara sulit telah
dilakukan secara berhati-hati melalui individu tertentu seperti Abu Bakar
al-Siddiq dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang menghadiahkan rumahnya sebagai
markas untuk menyebarkan agama Islam. Mereka yang memeluk Islam di Makkah
terdiri daripada golongan miskin dan kaya, termasuk Abu Bakar al-Siddiq dan
Uthman bin Affan. Namun begitu, bilangannya terlalu kecil berbanding dengan di
Madinah selepas Hijrah.
Setelah tiga tahun berdakwah secara
sulit, turun wahyu supaya Nabi Muhammad SAW berdakwah secara
terang-terangan.Walau bagaimanapun, sambutan daripada kaum keluarga baginda
agak dingin, terutamanya tentangan oleh ayah saudaranya, Abu Lahab sehingga
turun ayat al-Quran yang mengutuk perbuatan tersebut, iaitu surah al-Lahab,
ayat l-5.
Selepas turunnya ayat al-Quran, maka
bermulalah aktiviti dakwah secara terang-terangan. Allah SWT mengarahkan
baginda supaya memberikan peringatan dan amaran kepada kaum keluarga baginda
supaya patuh dan setia kepada orang yang beriman.Namun begitu, Abu Lahab enggan
menurut perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta terus menentang dan memusuhi
baginda dan agama Islam.
[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918)
Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),26.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan