ARKIB :
10/02/2011
OLEH sebab
itu, Nabi Muhammad SAW amat berhati-hati dalam menjaga kesahihan setiap
bacaannya. Walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi
baginda sering kali bertadarus dengan malaikat Jibril a.s iaitu sebagai guru
bagi memperdengarkan bacaannya pada bulan Ramadan setahun sekali.
Sebagaimana
yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Adalah
Malaikat Jibril a.s mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-Quran sekali
pada setiap tahun yakni pada bulan Ramadan. Maka pada tahun baginda wafat
dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi Muhammad SAW beriktikaf 10 hari
setiap tahun yakni pada setiap bulan Ramadan.
Ia juga
bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: dan Sesungguhnya Engkau (Wahai
Muhammad) telah diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang
Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui. (an-Naml: 6)
Ilmu tajwid
adalah ilmu yang berhubung terus dengan al-Quran. Oleh itu tidak dapat
dinafikan terdapat banyak faedah jika mempelajarinya.
Antaranya:
l Memelihara
daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.
Dengan
mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan
kesalahan kesalahan yang boleh merosakkan bacaan dan mencacatkannya.
Oleh kerana
membacanya adalah kewajipan yang mesti dijaga maka melakukan kesalahan bacaan
adalah haram hukumnya manakala mencacatkannya adalah suatu dosa.
Tidak kira
sama ada kesalahan tersebut kesalahan yang nyata (lahn jaliy) atau tersembunyi
(lahn khafiy).
Bagi sesiapa
yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah baginya untuk belajar supaya
dapat menggelakkan dirinya secara terus melakukan kesalahan tersebut.
Sering kali
bermain di fikiran dan mungkin ada yang berpendapat bahawa adalah lebih baik
menjadi jahil daripada berilmu kerana jika jahil tidak payah beramal dengan
sesuatu ajaran.
Pandangan ini
adalah salah kerana berada dalam keadaan jahil secara berterusan adalah satu
dosa yang tidak akan dilepaskan oleh Allah SWT bahkan akan dipersoalkan oleh
Allah SWT di akhirat nanti.
Begitu juga
dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam pembacaan al-Quran. Jika ia
sudah menjadi kebiasaan dan tiada usaha untuk memperbaikinya maka ia juga
dikira sebagai satu dosa.
Tambahan pula
ia adalah kitab yang menjadi rujukan dan sering kali dibaca setiap muslim tanpa
mengira umur, pangkat dan kedudukan.
Islam bukanlah
agama yang terus menghukum tanpa ada sebab yang munasabah. Seseorang itu
dimaafkan sekiranya ia masih baru dalam pembelajaran al-Quran dan masih dalam
usaha untuk mempelajarinya.
Namun, bagi
sesiapa yang merasakan bahawa ia adalah orang yang beragama Islam dan telah
lama berada dalam Islam adakah wajar ia membiarkan dirinya berada terus dalam
kejahilan untuk tidak mempelajari al-Quran. Jika tidak tahu membaca kenapa
tidak belajar.
Jangan jadi
orang yang sombong lagi bodoh kerana al-Quran adalah salah satu penyelamat kita
di akhirat kelak.
l Mencapai
keyakinan dalam pembacaan.
Dengan
mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan dapat merasa yakin dan seronok untuk
terus membaca al-Quran tanpa ada perasaan ragu-ragu tentang apa jua bentuk dan
ayat dalam al-Quran.
Jika kita
tidak tahu kita tidak akan dapat mencapai tahap yang sebegini. Itulah kerugian
kepada orang-orang yang tidak tahu membaca al-Quran dan mempelajari ilmu
tajwid.
l Meningkatkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah serta akan dapat mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Seseorang yang
mahir dan tahu akan ilmu al-Quran akan mendapat banyak kelebihannya. Terdapat
banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menerangkan kelebihan membaca
al-Quran secara bertajwid. Antaranya firman Allah SWT dalam ayat 29 dan 30
surah al-Fathir.
Kesimpulannya,
berdasarkan perbahasan dan hujah serta dalil-dalil yang dikemukakan, jelas
bahawa ilmu tajwid adalah suatu ilmu yang pelu kita pelajari oleh setiap insan
yang muslim lelaki dan perempuan.
Ini kerana ia
sangat berkait secara terus dengan al-Quran. Janganlah ia hanya sekadar untuk
dikomersialkan dengan niat keuntungan duniawi semata-mata.
Matlamat itu
tidak boleh menghalalkan cara yang mana haram tetap haram dan halal tetap
halal.
Pengabaian
dalam kita mengetahui ilmu ini membawa kepada kesalahan yang berterusan dalam
pembacaan al-Quran.
Bacaan
al-Quran secara bertajwid adalah suatu yang wajib dan fardu bagi seluruh umat
Islam.
Wallahu alam.
SUMBERArtikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz5dRYVTV4c
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan