ARKIB : 26/12/2008
Profil Rasulullah dalam Syamail
Muhammad SAW
Oleh ZUARIDA MOHYIN
BUKU Syamail Muhammad SAW
(Keperibadian Rasulullah SAW) merupakan senaskhah nukilan yang sangat berharga
kerana memaparkan secara terperinci semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Tirmizi berkaitan susuk peribadi Rasulullah SAW serta perilaku dan
sahsiah baginda secara zahir dan batin.
Ia adalah hasil himpunan hadis
oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah dalam lima aspek kehidupan Baginda
iaitu;
-Fizikal
Tanda kenabian, rambut, uban,
celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi,
pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
-Perilaku
Cara berjalan, duduk,
bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan
buah-buahan.
-Ibadah
Wuduk, doa, wangi-wangian,
solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
-Perhubungan dan akhlak
Berbicara, ketawa, bergurau,
bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.
-Penghidupan
Nama-nama rasulullah,
penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
Ia merupakan sebuah buku
terbitan asal dari Indonesia dan diterbitkan semula oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.
dengan beberapa nilai tambah supaya lebih diterima, khususnya oleh masyarakat
di Malaysia.
Antaranya, buku ini menyediakan
glosari lengkap kepada pembaca untuk memudahkan pemahaman. Ia sangat sesuai
dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mengenali Rasulullah SAW dengan lebih
rapat lagi.
Kini sebagai umat Rasulullah
SAW, bagaimana kita mahu menginterpretasikan kehidupan yang digambarkan pada
zaman Rasulullah SAW dengan kehidupan pada zaman yang serba moden ini? Alam
sekitar telah berubah menjadi rumah kediaman dan ruang pejabat moden yang
canggih dan bersih.
Pakaian dan aksesori telah
bertukar daripada pelbagai jenis kain dan warna. Corak kehidupan seharian juga
telah berubah mengikut keadaan ekologi setempat, profesion, cuaca, kreativiti
dan budaya di mana sahaja umat Islam itu berada. Mampukah kita untuk mencontohi
baginda?
Untuk maklumat lanjut sila
layari www.telagabiru.net.my atau hubungi 03- 6275 4070
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz51EohTJa5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan