SAMA ADA orang yang dizalimi
atau melakukan kezalima, merekan perlu dibantu. - GAMBAR HIASAN
25 September 2017 4:00 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More1
SEMUANYA berlaku di luar
kawalan Nabi Musa a.s. Baginda langsung tidak menyangka satu tumbukan mudah
dengan niat mengundurkan kemaraan si Qibti itu langsung meragut nyawanya. Rasa
menyesal terus menghantui baginda kerana tersilap menyahut bantuan lelaki
sebangsa baginda iaitu dari Bani Israel itu bergaduh.
Kisahnya disebut dalam firman
Allah SWT maksudnya: “Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya
tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua lelaki sedang berkelahi, -
seorang daripada golongannya sendiri dan seorang lagi daripada pihak musuh.
Maka orang daripada golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang daripada
pihak musuh; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (Pada saat
itu) Musa berkata: “Ini adalah daripada kerja syaitan, sesungguhnya syaitan itu
musuh menyesatkan, yang nyata (angkaranya)”. Baginda merayu (dengan sesalnya):
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu
ampunkanlah, apalah jua kiranya akan dosaku”. (Maka Allah menerima taubatnya)
lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah
Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (al-Qasas :15-16)
Masakan sekali tumbuk sudah
meragut nyawa? Kalau begitu, jika masuk pertandingan tinju pasti Nabi Musa akan
sapu bersih kejuaraan. Itulah hakikat tenaga baginda yang menyamai 10 lelaki
(Tafsir Ibn Kathir).
Walaupun terbukti perkasa, Musa
berdoa agar kekuatannya tidak disalurkan ke lorong gelap dengan menjadi “macai
atau algojo” manusia zalim.
Sebagaimana dinyatakan dalam
Surah al-Qasas ayat 17 maksudnya: “(Musa berdoa lagi): “Wahai Tuhanku, demi
nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku
tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah.”
Si zalim yang dimaksudkan Nabi
Musa dalam doanya itu bukan sahaja ayah angkatnya Firaun, tetapi lelaki kaki
gaduh daripada bangsanya sendiri (Tafsir al-Qurtubi). Apa pula pengajaran untuk
kita yang hidup pada zaman ini?
SALAH GUNA KEKUATAN
Pada zaman ini banyak sekali
kita lihat orang yang ada sedikit kekuatan tunduk membuta tuli kepada ketua
jahat. Apa sahaja arahan ketuanya yang bersifat binatang akan dituruti bak
wahyu Tuhan lalu seteru ketuanya menjadi mangsa kezaliman. Ada sahaja orang
yang tak bersalah merengkok dalam penjara atau jatuh tersungkur dan teraniaya.
Berapa ramai ‘teman sebangsa’
sanggup menutup mata hati menyokong pendirian salah temannya atas alasan “ini
hari awak, besok mungkin hari saya. Hari ini saya jaga belakang awak walau
terang-terang awak bersalah kerana esok mungkin awak pula akan menjaga belakang
saya.”
Inilah yang dikatakan sokong
membawa rebah. Rebahnya pula bukan rebah biasa tetapi rebah yang disambar api
neraka.
Sebagaimana firman Allah
maksudnya: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka
(kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak
ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan
kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud: 113).
Bantulah diri kita dengan
menyelamatkannya daripada disambar api neraka. Bantulah juga sahabat kita yang
dizalimi dan yang menzalimi orang lain.
Bagaimana? Hayatilah sabda
Rasulullah SAW ini: “Bantulah saudaramu yang berlaku zalim dan dizalimi. Para
sahabat lalu bertanya: “Wahai Rasulullah! (betul dan logik) kami bantu yang ini
kerana dia dizalimi, namun begitu mana mungkin kami membantu yang berlaku
zalim? Rasulullah menjawab: Bantu (si zalim) dengan menghalangnya daripada
berlaku zalim.” - Riwayat Bukhari
.............Pedoman.............
* Sedikit kuasa, tenaga yang
dipinjamkan Allah hanya sementara.
* Jangan relakan kuasa
dieksploitasi mana-mana manusia zalim kerana kelak menjadi sesalan.
* Bantu orang dizalimi dengan
menyelesaikan kezaliman dihadapi.
* Bantu orang yang melakukan
zalim dengan menghalang daripada melakukan perbuatan itu.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/rencana/agama/iktibar-taubat-nabi-musa-a-s-1.530463#ixzz4thvurBJW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan