ARKIB : 07/08/2009
PANDANGAN di kota Baitul Maqdis.
Di sinilah Maryam mengabdikan dirinya kepada Allah.
PADA suatu malam yang sunyi,
Maryam dibawa ke Baitul Maqdis oleh ibunya, Hannah."Aku serahkan anakku
ini kepada tuannya. Sebelum ini aku sudah bernazar untuk menyerahkan anakku
menjadi hamba abdi di rumah suci ini," kata Hannah kepada pendeta-pendeta
di situ.
"Baiklah, kami akan menjaga
anakmu ini," balas pendeta-pendeta tersebut.
Setelah Hannah pulang, tinggallah
Maryam di tempat suci itu. Ramai pendeta berebut untuk memelihara Maryam.
Pelbagai alasan diberi mereka
agar dapat mengasuh Maryam. Pendeta yang paling tegas sekali ialah Nabi
Zakaria. Baginda menyatakan bahawa baginda mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan keluarga Imran, iaitu keluarga Maryam.
Semua pendeta tidak mahu mengalah.
Mereka sepakat membuang pensel masing-masing ke dalam sungai. Pensel siapa yang
tidak tenggelam, maka dialah yang berhak menjaga Maryam.
Hanya pensel Nabi Zakaria sahaja
yang tidak tenggelam. Maka Maryam pun diserahkan kepada Nabi Zakaria. Nabi
Zakaria memelihara Maryam dengan penuh kasih sayang dan dijaga seperti anaknya
sendiri.
Suatu hari, Nabi Zakaria ke bilik
Maryam. Baginda terkejut apabila melihat sedulang makanan berada di depan pintu
bilik Maryam. Baginda pun segera bertanya kepada Maryam: "Dari mana
datangnya makanan ini semua?"
"Makanan ini adalah daripada
Allah. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa
hisab," balas Maryam.
Melihat kepada keperibadian
Maryam yang mulia itu, Nabi Zakaria berharap agar baginda juga dikurniakan
cahaya mata. Allah telah mengkabulkan doa Nabi Zakaria.
Isteri baginda yang sudah tua itu
pun mengandung. Nabi Zakaria sungguh gembira apabila dikurniakan seorang anak
lelaki. Anak itu diberi nama Yahya. Yahya adalah salah seorang nabi Allah.
Maryam terus membesar menjadi
seorang wanita soleh yang amat dihormati. Beliau amat suci dan menjadi contoh
kepada semua orang lain. Maryam juga merupakan seorang perempuan yang sangat
mulia.
Beliau amat taat dalam
melaksanakan perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.
Setiap hari yang dilaluinya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah.
Sebagai memenuhi syarat ibu
Maryam serta menunaikan nazar ketika beliau mengandungkan Maryam dahulu, Maryam
diletakkan di sebuah biara di dalam Masjid al-Aqsa. Di sanalah beliau
menumpukan ibadah kepada Allah SWT.
Kesucian beliau terpelihara
kerana beliau tidak pernah keluar dari biliknya apatah lagi untuk dilihat dan
disentuh oleh mana-mana lelaki.
*Petikan daripada buku Untaian
366 kisah-kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz5YJIWv5jX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan