Khamis, 11 Mac 2021

ISRAQ MIKRAJ SIRI 1

(BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Allah ingin memuliakan rasulnya. Oleh itu berlaku berlaku peristiwa Israq dan Mikraj. Peristiwa ini adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup Nabi Muhammad dan dalam sejarah umat Islam. Dengan peristiwa ini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi semakin mulia.
Bahkan turun ayat al-quran berhubung Masjid alAqsa ini dalam surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud , “Maha suci Allah yang menjalan kan hambanya (Muhammad) pada malam “.(1)
Menurut ayat ini, bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan di sekelilingnya. Allah yang memberkati tempat ini . Pada suatu malam, Jibrail datang kepada Muhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Jibrail membawa Muhammad naik Buraq iaitu kenderaan dari syurga dari Masjid al-haram di Mekahke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Di Masjid Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid Al-Aqsa. Ulama men -yebut para rasul 315 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang. Allah mengumpul bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah.”[2]


___________________________________
[1]Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Neemah Abd. Rahman, Biografi Muhammad Bin Abdullah,(Batu Caves Selangor:PTS Islamika Sdn. Bhd,2007),98.
[2]Ibid.