Isnin, 3 Julai 2017

IBU BAPA NABI MUHAMMAD SAW

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Selepas Quraisy mengakui Zamzam kepunyaanya, Abdul Muttalib bernazar kalau Tuhan mengurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya, dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Tuhan mengabulkan doanya. Abdullah merupakan anak lelaki Abdul Muttalib yang kesepuluh. Abdullah merupakan anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib.Untuk menunaikan nazarnya Abdul Muttalib berjumpa Kahin seorang pendeta Kaabah.

      Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.[1]


[1] Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd.Rahman,Biografi Muhammad bin Abdullah. (Batu Caves Selangor: PTS Islamika Sdn.Bhd.,2014),24.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan