Sabtu, 7 Oktober 2017

ABDUL MUTTALIB PEMILIK TELAGA ZAMZAM



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Apabila Abdul Muttalib menggali dan bertemu dengan Zamzam, pada masa itu Quraisy mula tamak. Mereka juga hendak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Muttalib. Mereka meminta Abdul Muttalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak ingin berkongsi telaga dengan Abdul Muttalib. Ini adalah kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Muttalib tidak  bersetuju, , dia yang menggali dan pada awalnya mereka semua menghalangnya.

      Sekarang apabila telaga Zamzam ditemui mereka mahu berkongsi dengannya bagi mengurus telaga ini. Abdul Muttalib tidak bersetuju, tetapi Quraisy tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan berlakunya peperangan antara mereka dan suku Abdul Muttalib.

      Alhirnya mereka semua bersetuju mencari hakim bagi memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat pada masa itu. Pendeta ini daripada suku Saad yang berada di Yathrib. Mereka pun pergi ke Yathrib, apabila sampai di sana, Kahinah sudah pun pergi ke Khaibar. Mereka pun berkejar pula ke Khaibar. Begitulah kedudukan masyarakat pada masa itu.

      Pada pertengahan jalan, Abdul Muttalibdan orang-orangnya kehabisan air, mereka meminta air daripada Quraisy yang lain, tetapi air mereka juga tinggal sedikit dan untuk merekapun tidak mencukupi. Di tengah-tengah padang pasir yang tidak bertepi itu  mereka kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Pada masa itu, orang-orang Abdul Muttalib putus harapan bagi mendapatkan air. Akhirnya mereka bertanya pandangan Abdul Muttalib. Abdul Muttalib minta gali kubur masing-masing supaya mati tidak ditanam biarlah seorang sahaja yang tidak ditanam iaitu yang paling akhir mati.

       Apabila siap kubur masing-masing menunggu saat kematian, datanglah fikiran kepada Abdul Muttalib  supaya berusaha lagi mencari air. Abdul Muttalib mengajak semua orang-orangnya mancari lagi air. Semasa sibuk-sibuk unta Abdul Muttalib sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ke Tanah. Maka, dengan kuasa Allah keluar air dari situ. Mereka semua dapat minum dan air masih ada lagi. Abdul Muttalib memanggil orang-orang Quraisy untuk mengambil air dari situ.

      Melihat kejadian yang pelik itu, kesemua mereka berkata kepada Abdul Muttalib, “Yang memberi kamu air di tengah-tengah pada pasir ini, dialah yang memberi Zamzam kepada kamu. Zamzam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin membertiahu mereka Zamzam untuk Abdul Muttalib. Siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji adalah kepunyaan Abdul Muttalib dan keturunannya.        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan