Rabu, 4 Oktober 2017

SEJARAH ABDUL MUTTALIB MENGGALI ZAMZAM


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Selepas berkahwin Abdul Muttalib medapat anak sulung lelaki bernama Harith. Apabila Harith dewasa, Abdul Muttalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang besar, melaporkan daripasa Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul Muttalib dan menyurunya menggali al-tibah. Malam kedua   dia bermimpi lagi   . suara itu datang lagi menyuru menggali barrah. Malam ketiga dia bermimpi lagi , suara dalam mimpi itu berkata gali madhumunah.  Semakin kuat Abdul Muttalib merasai ada perkara besar melalui tiga malam berturut-turut ini.[1]

      Malam keempat suara itu berketa lagi, “Galilah Zamzam”. “Ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih di rumah kampung semut.Yakinlah Abdul Muttalib. Dia diperintahkan menggali Zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah.Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi mereka tidak tahu di mana Zamzam terkambus. Pada masa itu tidak masuk akal pula kalau hendak menggali sekeliling Kaabah bagi mencari Zamzam.  Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya Harith membantunya menggali Zamzam dan mempertahankannya apabila pemuka Quraisy yang lain menghalangnya.   

      Abdul Muttalib mencari tanda-tanda yang diberikan kepadanya dalam mimpi. Tetapi tidak ada tanda yang disebut itu di sekitar Kaabah. Abdul Muttalib medapat petanda dari lembu yang disembelih oleh satu rombongan Arab berhampiran berhala Isaf, panduan gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematuk-matuk ke tanah dekat kampung semut. Tempat yang diisyaratkan itu terletak di antara Isaf dan Nailah. Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. Abdul Muttalib memerintah Harith supaya menghadapi Quraisy. , sementara itu dia sendiri terus menggali tanpa berhenti. Dalam kekecohan itu Abdul Muttalib sudah sampai kepada batu penutup telaga.Abdul Muttalib terus menggali sehingga dia bertemu dengan Zamzam.[1]


[1]Zulkifli Mohd. Yusoff  dan Noor Naemah Abd. Rahman, Biogrfai Muhammad bin Abdullah ( Batu Caves : PTS Islamika Sdn Bhd,2015), 20. 
[2] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan