Khamis, 23 Mac 2017

Rasulullah menjadi manusia rujukan



ARKIB : 27/05/2002
Tajuk : Bertamu ke rumah Rasulullah

Pengarang : Abdul Malik bin Muhammad Al-Qasim

Penerbit : Darul Falah, Jakarta

Tahun : 2001

Halaman : 147

Harga : RM8

Sempena Maulidur Rasul, wajar umat Islam menyegarkan semula ingatan kepada Rasulullah s.a.w. di samping menajamkan semula rasa kasih kepada manusia agung ini.

Buku ringkas ini mengisahkan kehidupan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. di dalam rumahnya dan hubungannya dengan orang di sekelilingnya termasuk keluarga baginda.

Dengan bersumberkan hadis-hadis, penulis cuba memperincikan sifat, sikap, perangai dan tingkah-laku Rasulullah s.a.w.

Judul asal buku ini ialah Yaum fi Baitir-Rasul yang diterjemahkan menjadi Sehari di Rumah Rasul diterbitkan oleh Darul Qasim, Riyadh, Arab Saudi. Buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Kathur Suhardi.

Buku ini mengandungi 33 bab yang antaranya ialah Sifat Rasulullah, Perkataan Rasulullah, Keadaan di Dalam Rumah, Saat Rasulullah di Dalam Rumah, Puteri-puteri Rasulullah, Perlakuan terhadap Isteri, Tidur Rasulullah, Tawaduk Rasulullah, Kelembutan dan Kesabaran, Makanan Rasulullah dan Keberanian serta Kesabaran Rasulullah.

Penulisnya cuba menggambarkan rumah Rasulullah dengan menyatakan: ``Sebelum kita memasuki rumah Rasulullah s.a.w. melihat bentuk fizikal bangunan, maka tidak terlalu hairan jika kita melihat sebuah tempat tinggal yang kecil dan tempat tidur yang sederhana.

``Ini kerana Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling zuhud di dunia, sedikit perhatian terhadap dunia, tidak mahu melihat perhiasan dan harta bendanya, kerana kesenangan beliau dijadikan di dalam solat.'' - ZIN MAHMUD

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz4cCnrbLL1© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan