Khamis, 28 September 2017

MEKAH KEMBALI DIPERINTAH OLEH KETURUNAN ISMAIL



MEKAH KEMBALI DIPERINTAH OLEH KETURUNAN ISMAIL
OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Mekah diperintah oleh suku Jurhum selepas mereka berkongsi telaga Zamzam dengan Siti Hajar. Apabila Ismail dewasa , beliau berkahwin dengan orang Jurhum. Oleh itu Mekah terus diperintah oleh zuriat belaiu sehingga datang sku Khuzaah merampas Mekah daripada keturunan Ismail dan Kabilah Jurhum. Kabilah Jurhum dihalau keluar dari Mekah. Pada masa itu, suku Khuzaah dipimpin oleh Amru bin Lu’ayy yang membawa agama syirik masuk ke Mekah dan Semenanjung  Arab.[1]

      Ada juga keturunan Ismail yang terus tinggal di Mekah, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dan tidak mendapat tempat lagi di Mekah. Namun keinginan mereka bagi menguasai kembali Mekah tidak pernah padam walau pun Kabilah Khuzaah memimpin Mekah selama 500 tahun sehingga datang Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab ini daripada keturunan Ismail. Antara Ismail ialah Fihr dan Fihr digelar Quraisy. Oleh itu Qusai adalah daripada keturunan Fihr. Pada masa itu, Qusai merupakan salah seorang bangsawan Mekah. Tuhan memberi kekuatan dan kekayaan kepadanya.

      Akhirnya, dia berjaya mengahwini anak perempuan Hulail iaitu Ketua Mekah dan ketua Suku Khuzaah pada masa itu. Selepai Hulail mati, Qusai ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Ismai. Dengan itu dia mengisytiharkan dirinya menjadi Ketua Mekah. Akibatbya, berlaku peperangan antara Quraisy yang diketuai Qusai bin Kilab keturunan Ismail iaitu penduduk asal Mekah dan yang mewarisi telaga zamzam daripada Ismail dengan suku Khuzaah yang measa mereka juga berhak ke atas Mekah kerana Mekah berada dalam tangan mereka lebih dari 500 tahun.

      Selepas berlaku peperangan yang tidak berkesudahan, kedua-dua pihak bersetuju mencari hakim. Nama hakim ini ialah Ya’mur bin Auf Mereka masing-masing bersumpah dan memanggil saksi bahawa mereka akan menerima keputusan hakim. Ya’mur memanggil kedua-dua belah pihak dan meminta mereka membentangkan hujah yang menunjukkan mereka berhak ke atas Mekah. Bagi Qusai, Mekah adalah kepunyaan datuk neneknya. Ismail adalah orang pertama mendiami Mekah. Dan Zamzam terbuka kerana Ismail. Beliau yang membina Kaabah. Khuzaah walaupun sudah lama memerintah tetapi mereka adalah perampas kuasa.

      Khuzaah pada masa itu tidak mempunyai hujah yang konkrit.  Oleh itu, Ya’mur membuat keputusan segala-galanya dikembalikan kepada Qusai bin Kilab. Siqayah, rifadah , hijabah dan semuanya menjadi hak Qusai bin Kilab. Selepas itu Qusai memerintah Mekah dengan bijaksana dan adil. Kehidupan orang Mekah semakin makmur dan orang semakin sayang kepada Qusai. Qusai membina Darul Nadwah kepada orang-orang Mekah.  Darul Nadwah menjadi  pusat pemerintahan Mekah., tempat berbincang, tempat melaksanakan akad nikah dan sebagainya. Muhammad bin Abdullah adalah daripada zuriat Qusai.bin Kilab.

      Selepas kematian  Qusai bin Kilab semua kemuliaan Quraisy iaitu rifadah, hijabah, sidanah, siqayah dan nadwah diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar. Selepas kematian Abdul Dhar perkara ini dibahagikan antara anak-anak Qusai  yang lain dan anak-anak Abdul Dar. Sampai kepada Abdul Muttalib, Datuk Muhammad dia mewarisi siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji. Pada masa itu telaga Zamzan sudah tidak ada lagi Abdul Muttalib terpaksa mengambil air dari luar Mekah untuk diberi minum kepada jemaah haji. Orang Quraisy mencampurkan susu dan madu ke dalam air yang disediakan itu kerana mereka bersifat  pemurah.[2],   



[1]Zulkifli Mohd. Yusoff  dan Noor Naemah Abd. Rahman, Biogrfai Muhammad bin Abdullah ( Batu Caves : PTS Islamika Sdn Bhd,2015), 13.
[2] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan